Tuesday 12 July 2011

Aneka Tips Dan Trik Tradisional....

Menghalang Semut Masuk Dalam Balang Gula....

1.Masukan beberapa biji bunga cengkih ke dalam balang gula.
2.Masukan beberapa batang kayu manis ke dalam balang gula.
3.Masukan beberapa tangkai cili kering ke dalam balang gula.
4.Masukan beberapa ulas bawang merah (jangan kupas kulitnya) ke dalam balang gula.


Mengempiskan Perut Buncit....

Pola pemakan yang salah dan kurangnya bersenam,Menyebabkan ramai orang obesiti dan perut buncit.Selain dengan cara diet yang betul,Exercise dan ubat-ubatan moden,Perut buncit juga dapat diatasai dengan cara-cara tradisional,Antaranya....
1.Jika makan nasi jngan berulam air,Ini untuk mengelakan perut buncit.Sebaiknya minum air selepas 2 atau 3 jam selepas makan.
2.Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan sedikit garam.Embunkan semalaman,Dan minum keesokan paginya sebelum membasuh muka.
3.Tanak kelapa hingga menjadi minyak.Setelah sejuk,Sapukan pada perut dan biarkan selama 10 minit.Lakukan setiap hari sampai menampakan hasilnya.
4.Campurkan perahan air limau nipis dengan kapur sirih.Aduk hingga sebati dan sapukan pada perut.Amalkan setiap malam sebelum tidur.
5.Kisar beberapa helai daun jambu batu dengan kapur sirih,Dan sapukan pada perut.
6.Kisar 3 biji buah Manjakani,1 inci Halia,3 ulas Bawang Putih,Kemudian direbus sampai masak.Biarkan hingga suam dan minum airnya.Amalkan 2 kali sehari selepas makan.


Melambatkan Keluar Air Mani Atau Lambat Pancut....

Ketika rasa air mani mahu keluar,Tarik nafas sepanjang yang anda boleh.Kemudian jika masih ada rasa air mani yang keluar,Tarik lagi nafas dan lakukan sehingga seterusnya.Cara ini boleh membuatkan hubungan seksual anda lebih panjang dan lama.
Disertakan juga petua orang-orang lama dalam menjaga zakar :
1.Buang air besar jangan serentak dengan buang air kecil.Semasa nak buang air besar,Air kecil perlu ditahan dan nafas ditarik,Dan begitulah sebaliknya.Elakkan buang kedua-duanya serentak.
2.Semasa mula makan,Amalkan nasi sebesar ibu jari dikepalkan dan kemudian ditelan.
3.Ketika minum elakkan menghembus nafas tetapi tahan nafas tersebut.Ini menolong dari senang lelah semasa berjimak.
4.Kepak ayam jangan dimakan kerana ia akan melemahkan zakar.
5.Jangan suka makan makanan yang bersifat sejuk,Telah disejuk mahupun disejukkan.Ia boleh mengakibatkan gejala terpancut awal dan air mani cair.


Rambut Beruban....

Ambil sebanyak 2 sudu besar biji dari buah betik yang betul-betul masak.Jemusr biji betik tersebut sampai betul-betul kering.Kemudian disangrai(goreng tanpa minyak) sampai hangus.Kemudian ditumbuk menjadi serbuk dan campurkan serbuk biji betik tersebut dengan minyak(seelok-eloknya minyak kelapa dara).Lumurkan campuran tersebut pada rambut yang beruban sebelum tidur.


Suburkan Pokok Bunga....

1.Taburkan sedikit serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok bunga anda. Hasilnya, anda akan lihat pokok bunga subur menghijau.
2.Kulit bawang rendam dengan air semalaman,Kemudian siramkan ke pokok tanamam dengan kulit-kulit bawang sekali.
3.Gunakan air beras untuk menyiram pokok.
4.Satu lagi cara untuk menyuburkan pokok bunga ialah dengan mengambil seberapa banyak serbuk kayu. Campurkan bersama tanah dan gaul rata. Kemudian bolehlah ditanam di samping menyiramnya selalu.



Segarkan Urat Saraf....
Jika anda terlalu banyak kerja anda tentu berasa letih dan
lesu,Untuk mengembalikan kesegaran urat saraf anda boleh gunakan Daun Serai,Daun Pandan dan Daun Nangka yang direbus.Biarkan air tersebut menjadi suam kuku setelah itu bolehlah anda gunakan untuk mandi.Hasilnya badan anda yang letih dan lesu itu akan sembuh dan akan bertenaga kembali.
Seelok-eloknya dilakukan 3 hari berturut-turut.

No comments:

Post a Comment