Saturday 23 July 2011

Resepi Kue & Kek Si Raja Buah....

Selain rasanya yang enak buah Durian juga mempunyai banyak khasiat,Maka tak hairanlah kalau buah yang sangat terkenal di Asia ini digelar sebagai Raja Buah.
Durian mengandungi phytonutrien dan anti-oksidan yang tinggi.Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah.


Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat. Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.
Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan.Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok.Dengan cara ini,ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda.Ia juga baik dimakan ketika demam.
Bila saja musim buah Durian tiba,Ramai diantara kita tak melewatkan waktu ini untuk menikmati buah ini sepuas-puasnya.Namun ada kalanya kita  nak tukar selera dari makan buah Durian kepada kue mueh tapi masih berasaskan buah ini.....

SRI MUKA DURIAN



Bahan-bahanya :
(Untuk lapisan bawah)
1.250g beras pulut dan rendam selama 1 jam dan toskan
2.170ml santan cair
3.1/2sudu teh garam
4.2helai daun pandan dan disimpul
Cara-cara membuatnya :
1.Kukus beras pulut dengan daun pandan selama 10-15 minit,Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair dan garam,Dan kukus lagi selama 10-15 minit.
2.Angkat beras pulut yang telah dikukus dan masukan dalam loyang,Tekan-tekan biar ianya padat.


 
(Untuk lapisan atas)
1.150g isi durian
2.125g gula
3.3biji telur
4.45g tepung kastard(boleh juga guna campuran 35g tepung gandum dan 10g tepung jagung)
4.375ml santan pekat
5.Secubit garam
6.Pewarna kuning secukupnya(boleh juga tak guna)
Cara-cara membuatnya :
1.Kisar semua bahan-bahan tersebut dan tapiskanya.
2.Kemudia masak dengan api kecil sambil terus dikacau sampai adunan agak pekat dan matikan api.
3.Tuang adunan keatas pulut yang telah dipadatkan dalam loyang,Dan kukus lagi selama 30-45 minit sampai kue betul-betul masak.Kemudian angkat dan sejukkan dan potong.


KEK DURIAN KUKUS
Bahan-bahanya :
1.5 biji telur
2.250gm butter
3.1 cawan gula ( blend )
4.2 cawan tepung naik sendiri
5.1 cawan durian ( blend halus)
6.1/4 tin susu pekat
Cara-cara membuatnya :
1.Pukul butter dan gula hingga kembang.
2.Masukkan susu dan pukul lagi.
3.Masukkan telur sebiji demi sebijik dan pukul sehingga sebati.
4.Masukkan durian dan pukul lagi.
5.Masukkan tepung dan kacau sehingga sebati
6.Kukus selama 1 1/2 jam ataupun mengikut kek bila dah masak

No comments:

Post a Comment