Wednesday 15 June 2011

....


DI JOHOR BAHRU........



Bagi anda yang tinggal di Johor Bahru yang gemarkan makan makanan WESTERN FOOD,Khususnya CHICKEN CHOP,nama CAFE HUTAN BANDAR atau IT ROOT CAFE mungkin sudah tidak asing lagi.Di cafe hutan bandar yang terletak di hutan bandar,Anda hanya perlu membayar rm5-rm6 untuk 1set chicken chop yang sedap.Atau jika anda yang suka akan nuansa klasik dan romantik,It root cafe boleh dijadikan tempat pilihan untuk menikmati makanan western food terutamanya chicken chop.
Kali ini saya ingin berbagi resepi dengan anda yang gemarkan masak sendiri atau yang ingin mencuba resipi chicke chop....

COLESLAW ALA KFC


Bahan-bahanya :
1.Kobis putih 1kg
2.Lobak merah 160gr
3.Mayonis 200gr
4.Susu tepung penuh krim 4sudu makan  (yang suka milky boleh tambah tepung susunya)
5.Gula pasir 5sudu besar  (yang suka manis boleh tambah gula)
6.Garam 1sudu teh
7.Cuka 1sudu makan

Cara-cara membuatnya :
1.Kobis dan lobak dicuci bersih dan keringkan.Setelah itu hiris atau cincang kecil-kecil.
2.Masukkan kobis dan lobak merah yang telah dicincang itu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Biarkan sebentar.
3.Masukkan mayonnis, susu tepung, gula pasir, garam dan cuka ke dalam mangkuk dan kacau sampai betul-betul sebati. Sebaik-baiknya pakai mixer.
4.Tuangkan ramuan yang dah sebati itu ke dalam sayuran yang telah dicincang itu lalu dikacau sampai betul-betul rata.
5.Setelah itu, tutup bekas tu dan simpanlah dalam peti sejuk.
6.Coleslaw anda akan “matang” dan siap untuk disantap selepas 12 jam. Tanda coleslaw dah matang ialah ia berair dan rasanya “smooth”. Tapi kalau tak sabar, nak makan time tu juga, boleh… tiada siapa nak marah!

CHICKEN CHOP

Bahan-bahanya :
Bahan untuk ayam :
1.2ketul daging ayam,dibonekan(dibuang tulangnya) dan diketuk-ketuk.(kalau nak lagi senang,Beli ayam yang dah siap khas untuk chicken chop.Banyak jual kat kedai jual ayam dan daging)
2.1biji telur dipukul sekejap
3.1/2cawan tepung jagung
4.Minyak goreng secukupnya
Bahan untuk perap :
1.Kecap pekat 1sudu makan
2.Jus limau 2sudu makan
3.Garam 1/2sudu teh
4.Serbuk lada hitam 1/2sudu teh
5.Soda bikarbonat 1/2sudu teh  (bertujuan untuk melembutkan ayamnya)
Bahan-bahan untuk sos :
1.1biji bawang besar dipotong dadu kecil
2.3biji bawang putih dicincang halus
3.Kecap pekat 1/2sudu teh
4.Kecap pekat 1/2sudu teh
5.Sos titam 1sudu makan
6.Sos worcestershire 1/2sudu makan
7.Stok ayam 250ml
8.Serbuk lada hitam 1sudu teh
9.Serbuk lada putih 1/4sudu teh
10.Garam 1/4sudu teh
11.Tepung gandum 1/2sudu makan(bacuh dengan sedikit air)
12.Minyak secukupnya

Cara-cara membuatnya :
Untuk ayam :
1.Ayam diperap dengan baha-bahan perapan,Masukan peti sejuk untuk beberapa jam,Sebaiknya perap semalaman.
2.Celupkan ayam perapan tadi dengan telur dan salutkan dengan tepung jagung,Kemudian goreng sehingga garing dan kekuning-kuningan.
Untuk sos :
1.Panaskan sedikit minyak,Goreng bawang putih yang telah dicincang halus tadi,Bila sudah naik bau masukan pula bawang besar.
2.Bila dah layu dan naik bau masukan serbuk lada hitam,serbuk lada putih,kecap pekat dan kecap cair,sos tiram dan sos worcestershire,stok ayam dan garam.
3.Masak dengan api kecil(renehkan) dan akhir sekali masukan tepung jagung yang telah dibacuh dengan sedikit air,Biarkan sekejap sampai pekat dan matikan api.
4.Tuangkan sos atas ayam,Hidangkan bersama coleslaw dan kentang goreng atau mash potato(Boleh ditambah dengan baked beans,jagung rebus)

No comments:

Post a Comment