Tuesday 21 June 2011

Resipi Kek Batik

Kek batik di Indonesia sinonim dengan  tanah Jawa,Kerana di Indonesia kek ini sangat populer di Jawa.Di Malaysia pula kek ini sinonim dengan negri Bumi Kenyalang atau sarawak.
Kek batik biasanya di jadikan hidangan pada hari-hari perayaan,Seperti hari raya.Tetapi kerana bahan-bahan yang digunakan dan cara-cara membuatnya yang sangat simple menjadikan kek ini boleh di jadikan santapan kapan sahaja dan dimana jua,...


Bahan-bahanya :
1.1bungkus biskut marie (350g)
2.1cawan serbuk koko
3.1/2cawan milo
(Mcm di atas kalau nak lebih terasa coklatnya,kalau nak lebih mild atau creamy lebihkan milo kurangkan koko)
4.2biji telur
5.3/4cawan gula (kalu suka manis boleh tambah gula,atau kurangkan kalau tak suka manis)
6.4sudu makan susu pekat manis (boleh letak ,boleh tak)
7.1/2buku butter (125g)
8.1/2cawan air,tapi kalau boleh tukar dengan 1/2cawan susu cair

Cara-cara membuatnya :
1.Patah-patahkan biskut marie menjadi 2atau4 bahagian.
(Kalau dipatahkan terlalu kecil,hasil keknya kadang kurang cantik kerana ukiran batik yang terhasil tidak seberapa nampak).
2.Campurkan air@susu cair,serbuk koko,milo,susu pekat dan gula.Masak dengan periuk dengan api yang sederhana kecil,Kalau rajin buat dengan cara double boiler.Masak sampai semua bahan tercampur rata sampai terus diaduk biar tidak hangus.
3.Masukkan butter dan terus kacau sampai butter mencair.
4.Masukkan telur yang telah dipukul sedikit dengan garpu,Terus kacau sampai adunan menjadi pekat.
5.Setelah adunan pekat matikan api,Dan masukan biskut marie.Gaul sampai aduan tersebut betul-betul menyaluti biskut marie.Kemudian masukan dalam loyang yang sebaiknya sudah dialas dengan plastik.Tekan-tekan sedikit biar ianya padat dan masukan kedalam peti sejuk.Setelah keras,Kek boleh dipotong dan dihidangkan....


No comments:

Post a Comment