Friday 10 June 2011

ReSIPI KUe LAPIS


Resipi kue lapis ada banyak versi,Tapi pada dasarnya bahan-bahan yang digunakan dan cara membuatnya hampir sama.Disini saya ingin berkongsi dengan anda semua,Resipi kue lapis yang menurut pendapat saya paling tepat dari segi komposisi bahan-bahanya.Ini kerana komposisi bahan-bahan yang tepat akan mempengaruhi hasil kue lapis,Ianya tidak lembek dan juga tidak terlalu keras.


Bahan-bahan :
1.2 cawan tepung gandum
2.1 cawan tepung beras
3.1 cawan tepung jagung
4.2 cawan gula                (boleh kurangkan bila tak suka manis,boleh tambah bila suka manis)
5.4 cawan santan                          (tidak terlalu pekat,tidak teralalu cair)
6.pewarna                                      (sikit saja,warna ikut suka)
7.garam                                          (sikit saja)
8.1 sudu makan minyak masak  (ikut suka,boleh letak boleh tidak)

Cara- cara membuatnya :
1.Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali pewarna,kisar dan tapis(kalau tak ada pengisar,pastikan masa mencapurkan baha-bahan tersebut betul-betul sebati dan ditapis)
2.Bahagi adunan menjadi 3 bahagian(ikut suka,kalau nak 2 warna saja bahagi adunan mejadi 2 bahagian,kalau nak lebih warna bahagi adunan ikut warna yang di inginkan)
3.Panaskan pengukus dan kukus setiap lapisan selama 3-5 min,Dan untuk lapisan terakhir kukus selama 15-20 min(pastikan air sudah betul-betul mendidih pada waktu mengukus)






No comments:

Post a Comment